Khamis, 7 Mei 2009

Bercuti


Masa ni kitorang pergi bercuti kat Pulau Pangkor, seronok sampai rasa nak tinggal kat sana je. Air laut dia jernih gila, nampak bermacam2 jenis ikan dan anak2 ikan pun ada gak. Adam plak jenis tak takut air, dia pun naik hitam kulit dia kena sunburn. Kitorang 1 hari suntuk kat tengah laut tu, sampai rasa malas nak naik kat darat, sebab seronok sangat.

Rabu, 6 Mei 2009

Hadiah


Semoga Adam Gembira bermain kereta yang ibu belikan sempena hari jadi Adam yang pertama

Semoga Panjang Umur


Wahai anakku Adam, Ibu ucapkan selamat hari lahir yang pertama, semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh

Happy Birthday


Kek Adam Zafran 1 tahun

Worker Baru


Bukan main seronok lagi Adam bila dapat naik worker, time tu dia ingat dia dah pandai sangat berjalan. Bukan main laju lagi dia bawa worker tu, mcm main kereta langgar je

Pusingkan Badan


Masa ni Adam baru pandai pusing-pusingkan badan, bila dia penat pun dia still nak bergolek2 gak, naik penat aku nak betulkan dia.... tapi memang seronok tengok perangai dia ni.

3 Bulan Pertama


Hari raya puasa pada tahun 2007 Adam genap 3 bulan, masa tu dia baru pandai agah dan berborak.

Kedatangan Orang Baru


Pada 19.7.2007, Aku dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Adam Zafran, Masa tu aku rasa keluarga ku sudah cukup sempurna dengan kedatangannya.

Di Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan ku sederhana, tetapi meriah, semua kekawan ku hadir dalam majlis tu. Aku dan suami terlalu gembira, dunia ni bagai kami berdua yang punya.

Masuk Ke Alam Perkahwinan


Pada 10.6.2003, Aku bergelar sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Abu Zaini dan hari tu menjadi sejarah yang paling indah dalam hidup ku.

Salam Perkenalan

Assalamulaikum... kepada semua pembaca sudi2lah layari blog yang telah direkacipta ini.. semoga kalian terpesona dengan cerita2 yang dipaparkan disini..

paparan dari :-

Normaizura Hamzah